TEKS BAHASA ARAB
إن الأمة ستغدر بك بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya umat ini akan mengkhianati engkau selepas kewafatanku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1343, hadis nombor 6864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه، قال: إن مما عهد إلي النبي صلى الله عليه وسلم:إن الأمة ستغدر بك بعدي.
[ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4905)]
(Lemah)
Daripada ‘Ali RA berkata: Sesungguhnya antara perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW kepadaku adalah: Sesungguhnya umat ini akan mengkhianati engkau selepas kewafatanku.
[Riwayat al-Hakim, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4905]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.