Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اطلبوا العلم، ولو بالصين، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tuntutlah ilmu, walau sampai ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kepada setiap muslim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 272, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي، وابن عدي عَنْ أنس مرفوعا.
قَالَ ابْنُ حبان: وهو باطل لا أصل له، وفي إسناده: أبو عاتكة، وهو منكر الحديث، وتعقب بأنه قد روى له الترمذي .
وقد أخرج هذا الحديث البيهقي في الشعب، وابن عبد البر في كتاب العلم.
وقال في المختصر، هو لابن ماجه، وأحمد، والبيهقي، ولفظه مشهور، وأسانيده ضعيفة، وقد أورده ابن الجوزي في الموضوعات.

Al-Uqaili dan Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi).Ibn Hibban berkata: Hadith ini batil, tidak ada asal riwayatnya. Pada sanadnya terdapat Abu ‘Atikah sedangkan dia perawi dhaif, dan dinyatakan bahawa al-Tirmizi meriwayatkan darinya.Al-Baihaqi meriwayatkan hadith ini di dalam al-Syu’ab, Ibn Abdil Bar dalam kitab al-Ilmu.Al-Firuzabadi berkata di dalam al-Mukhtasar, Ia diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ahmad, al-Baihaqi dan lafaznya masyhur akan tetapi semua sanadnya dhaif, Ibn al-Jauzi telah meriwayatkannya di dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs