Tunjukkan kasih sayang kepada orang yang menyayangimu

TEKS BAHASA ARAB

أبد المودة لمن وادك تكن أثبت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tunjukkan kasih sayang kepada orang yang menyayangimu. Ianya nanti akan menjadi lebih teguh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 232-233, hadis nombor 179. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في معجمه وابن أبي الدنيا في كتاب الإخوان (ق 5/ 1) من طريق محمد بن جعفر عن أبي محمد الأنصاري عن يزيد بن أبي يزيد عن أبي حميد الساعدي مرفوعاً فذكره. قال الهيثمي (10/ 282) : فيه من لم أعرفهم.
قلت: لعله يقصد محمد بن جعفر وشيخه فلم أقف لهما على ترجمة. وعزاه في كشف الخفا (1/ 24) للحارث بن أبي أسامة في مسنده وأبي الشيخ في الثواب. ويغني عنه فوله – صلى الله عليه وسلم : إذا أحب أحدكم أخاه فليعلمه أنه يحبه.
أخرجه أبو داود (5124) والنسائي في ((اليوم والليلة)) (206) ، والترمذي (7/ 71- تحفة) والبخاري في الأدب (542) وأحمد (4/ 130) وابن أبي للدنيا في كتاب الإخوان (ق5/1) وابن حبان (2514) وابن السني في اليوم والليلة والحاكم (4/ 171) وأبو نعيم في الحلية (6/ 99) والخطيب في التاريخ (4/ 59) من طريق يحيى القطان ثنا ثور بن يزيد ثنا حبيب بن عبيد عن المقدام بن معدي كرب مرفوعاً به. قال الترمذي: حديث حسن صحيح غريب. وقال أبو نعيم: غريب من حديث ثور، لم نكتبه إلا من حديث يحيى عنه.
قلت: وهذا سند حسن وثور بن يزيد ثقة لكنهم نقموا عليه رأيه في القدر وهذا لا يضر روايته ما دام صادقاً حافظاً. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam beliau, Ibn Abi al-Dunya dalam kitab al-Ikhwan (hlm. 5/1) melalui sanad Muhammad bin Ja’far daripada Abu Muhammad al-Ansari daripada Yazid bin Abi Yazid daripada Abu Humaid al-Sa’idi secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Haythami (10/282) berkata: "Dalam sanadnya terdapat perawi yang aku tidak kenali mereka".
Saya berkata: Mungkin beliau maksudkan adalah Muhammad bin Ja’far dan guru beliau. Saya tidak menemui biografi mereka berdua. Dalam Kashf al-Khafa’ (1/24) menyandarkan hadith tersebut kepada al-Harith bin Abi Usamah dalam Musnad beliau dan Abu al-Syeikh dalam al-Thawab. Memadailah tentang ini sabda Baginda SAW SAW: "Apabila seseorang kamu mencintai saudaranya, maka beritahukan kepadanya bahawa dia mencintainya". Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Daud (5124), al-Nasa’ei dalam al-Yaum Wa al-Lailah (206), al-Tirmizi (7/71 – Tuhfah), al-Bukhari dalam al-Adab (542), Ahmad (4/130), Ibn Abi al-Dunya dalam kitab al-Ikhwan (hlm. 5/1), Ibn Hibban (2514), Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah, al-Hakim (4/171), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (6/99) dan al-Khatib dalam al-Tarikh (4/59) melalui sanad Yahya al-Qattan, katanya Thawr bin Yazid telah menceritakan kepada kami, katanya Habib bin ‘Uabid telah menceritakan kepada kami daripada al-Miqdam bin Ma’di Karib secara marfu’ hadith tersebut.
Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan sahih gharib". Abu Nu’aim pula berkata: "Gharib melalui hadith Thawr, kami tidak menulisnya melainkan melalui hadith Yahya daripada Thawr".
Saya berkata: Sanad ini adalah hasan. Thawr bin Yazid seorang yang thiqah, namun mereka tidak menyukai pandangan beliau yang cenderung kepada Qadariyah. Ini tidaklah memberikan kesan terhadap riwayat beliau selagimana beliau seorang yang benar lagi hafiz. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs