TEKS BAHASA ARAB
نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tumbuhnya bulu di hidung memberi keamanan (menyelamatkan) daripada penyakit kusta.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis nombor 1133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام)). روي من حديث عائشة، وجابر بن وعبدالله بن عباس، وأبي هريرة – رضي الله عنهم -، ومجاهد موقوفا عليه. [البغوي في ((حديث كامل ابن طلحة الجحدري، ع، طس، عد، السهمي، ابن الجوزي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4687)]
(Palsu)
Tumbuhnya bulu di hidung memberi keamanan (menyelamatkan) daripada penyakit kusta. Diriwayatkan daripada hadith ‘Aishah, Jabir bin ‘Abdillah, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Abu Hurairah RA dan Mujahid secara Mauquf ‘alayh.
[Riwayat al-Baghawi dalam Hadith Kamil Ibn Talhah al-Jahdari, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Sahmi, Ibn al-Jauzi, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4687]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.