Tuhanku telah mendidikku dan Dia mendidikku dengan baik

TEKS BAHASA ARAB

أدبني ربي فأحسن تأديبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuhanku telah mendidikku dan Dia mendidikku dengan baik.

STATUS

[Lemah]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 91-92, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "أدبني ربي فأحسن تأديبي".
قال ابن تيمية: معناه صحيح، لكن لا يعرف له إسناد ثابت.
وقال ابن الجوزي: لا يصح.
وصححه أبو الفضل بن ناصر.

Dan hadis: “Tuhanku telah mendidikku dan Dia mendidikku dengan baik".
Ibn Taimiyyah telah berkata: Maknanya adalah sahih, namun tidak diketahui sanad yang thabit baginya.
Ibn al-Jauzi telah berkata: Tidak sahih.
Abu al-Fadhl bin Nasir pula menghukumnya sahih.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]