Tiga perkara, wahai Ali, jangan kamu tangguhkannya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة – يا علي – لا تؤخرهن: الصلاة إذا آنت، والجنازة إذا حضرت، والأيم إذا وجدت كفؤا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara, wahai Ali, jangan kamu tangguhkannya: Solat apabila tiba waktunya, jenazah apabila telah sampai, dan perempuan bujang apabila dia sudah mendapati yang sekufu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ثَلاثةٌ – يا عَلِيّ – لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً)). [تخ، ت، هـ، ابن حبان في (( الضعفاء))، ك، حم، عم، ابن عساكر، هق، خط، ((الضعيفة)) (5751)].

(Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiga perkara, wahai Ali, jangan kamu tangguhkannya: Solat apabila tiba waktunya, jenazah apabila telah sampai, dan perempuan bujang apabila dia sudah mendapati yang sekufu.” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Hibban dalam al-Dua‘afa’, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad, Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh al-Dimashq, al-Bayhaqi dalam al-Sunan dan al-Khatib dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5751].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.