Tidaklah ada zindik itu melainkan punca asalnya adalah tidak mempercayai takdir ketentuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما كان زندقة إلا وأصلها التكذيب بالقدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah ada zindik itu melainkan punca asalnya adalah tidak mempercayai takdir ketentuan.

STATUS

Palsu tetapi ia datang dalam jalur yang tidak mengapa.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَا كَانَ زَنْدَقَةٌ إِلا وَأَصْلُهَا التَّكْذِيب بِالْقدرِ» فِيهِ بَحر بن كثير كَذَّاب. قلت ورد بِسَنَد لَا بَأْس بِهِ.

“Tidaklah ada zindik itu melainkan punca asalnya adalah tidak mempercayai takdir ketentuan”. Dalamnya sanadnya terdapat Bahr Bin Kathir yang merupakan seorang perawi pendusta (kazzab). Aku katakan bahawa hadis ini disebutkan dengan sanad yang boleh dipertimbangkan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.