Tidak sah zakat fitrah dengan kambing dan juga biri-biri

TEKS BAHASA ARAB

أن رجالا أتوا النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا: إن لنا أموالا من إبل وغنم فهل تجزئ عنا زكاة أموالنا عن زكاة الفطر؟ قال: لا تجزئ صدقة الإبل والغنم وفي لفظ: المواشي عن زكاة الفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekumpulan lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: Kami mempunyai kambing dan juga biri-biri.Adakah sah kami membayar zakat fitrah dengan apa yang kami miliki ini? Baginda SAW menjawab: Tidak sah zakat fitrah dengan kambing dan juga biri-biri. Lafaz lain menyebut : Tidak sah membayar zakat fitrah dengan binatang ternakan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900, hadis nombor 4610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الرحمن بن أبي سعيد عن أبيه: أن رجالا أتوا النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا: إن لنا أموالا من إبل وغنم، فهل تجزئ عنا زكاة أموالنا عن زكاة الفطر؟ قال: لا تجزئ صدقة الإبل والغنم وفي لفظ: المواشي عن زكاة الفطر. [البزار, عد, طس, الضعيفة (6450)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdul Rahman Bin Abu Sa’id. Beliau meriwayatkan daripada bapanya bahawa sekumpulan lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya: Kami mempunyai kambing dan juga biri-biri.Adakah sah kami membayar zakat fitrah dengan apa yang kami miliki ini? Baginda SAW menjawab: Tidak sah zakat fitrah dengan kambing dan juga biri-biri. Lafaz lain menyebut : Tidak sah membayar zakat fitrah dengan binatang ternakan. [Al-Bazzar, Ibn ‘Adi di dalam Al-Kamil fi Al-Dhu’afa, Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Awsat, Al-Dha’ifah no 6450].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs