Tidak mengapa jika terkena air kencing keldai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا بأس ببول الحمير، وكل ما أكل لحمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak mengapa jika terkena air kencing keldai, dan setiap (haiwan) yang boleh dimakan dagingnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 218, hadis nombor 691. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، ما في اللآلئ.

Palsu seperti mana dalam al-La’ali.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.