Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم؛ حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يرودوكم عن دینكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian, dan ramainya nasab mereka dalam kalangan kalian; sehingga mereka membantah kalian dengan al-Quran; sehingga mereka menjauhkan kalian daripada agama kalian.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis nombor 2800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم؛ حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يرودوكم عن دینكم».
[الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، «الضعيفة» (5776)].

(Sangat Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga ramainya kelahiran anak jin daripada kalangan perempuan kalian, dan ramainya nasab mereka dalam kalangan kalian; sehingga mereka membantah kalian dengan al-Quran; sehingga mereka menjauhkan kalian daripada agama kalian.
[Riwayat al-Kalābādhī dalam kitab Miftāḥ al-Ma‘ānī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5776]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.