Tidak akan ada seorang yang datang ke kubur ini melainkan kubur itu akan memanggil dengan suara yang tegas dan fasih: Wahai anak Adam! Bagaimana kamu melupakanku?

TEKS BAHASA ARAB

ما يأتي على هذا القبر من يوم؛ إلا وهو ينادي بصوت طلق ذلق: يا ابن آدم! كيف نسيتني؟! ألم تعلم أني بيت الوحدة، وبيت الغربة، وبيت الوحشة، وبيت الدود، وبيت الضيق إلا من وسعني الله عليه؟! القبر إما روضة من رياض الجنة، أو حفرة من حفر النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: Kami keluar bersama Rasulullah menziarahi seorang jenazah lalu Baginda duduk di kuburnya dan bersabda: “Tidak akan ada seorang yang datang ke kubur ini melainkan kubur itu akan memanggil dengan suara yang tegas dan fasih: Wahai anak Adam! Bagaimana kamu melupakanmu? Tidakkah kamu tahu bahawa sesungguhnya aku adalah rumah yang keseorangan, rumah yang asing, rumah kepada binatang buas, rumah kepada ulat dan rumah kesempitan melainkan sesiapa yang Allah melapangkannya? Satu kubur itu sama ada ia merupakan taman daripada taman-taman syurga ataupun lubang daripada lubang-lubang neraka

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1746, hadis nombor 8801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة قال: خرجنا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في جنازة، فجلس إلى قبر منها، فقال: ((ما يأتي على هذا القبر من يوم؛ إلا وهو ينادي بصوت طلق ذلق: يا ابن آدم! كيف نسيتني؟! ألم تعلم أني بيت الوحدة، وبيت الغربة، وبيت الوحشة، وبيت الدود، وبيت الضيق إلا من وسعني الله عليه؟! القبر إما روضة من رياض الجنة، أو حفرة من حفر النار)). [طس،((الضعيفة)) (4990)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata: Kami keluar bersama Rasulullah menziarahi seorang jenazah lalu Baginda duduk di kuburnya dan bersabda: ((Tidak akan ada seorang yang datang ke kubur ini melainkan kubur itu akan memanggil dengan suara yang tegas dan fasih: Wahai anak Adam! Bagaimana kamu melupakanku? Tidakkah kamu tahu bahawa sesungguhnya aku adalah rumah yang keseorangan, rumah yang asing, rumah kepada binatang buas, rumah kepada ulat dan rumah kesempitan melainkan bagi sesiapa yang Allah melapangkannya? Sebuah kubur itu sama ada ia merupakan taman daripada taman-taman syurga ataupun lubang daripada lubang-lubang neraka.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4990].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs