Tidak ada seorang hamba yang menadah tapak tangannya selepas setiap solat kemudian dia membaca

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يبسط كفيه دبر كل صلاة، ثم يقول: اللهم إلهي وإله إبراهيم وإسحاق ويعقوب، وإله جبرائيل وميكائيل وإسرافيل – عليهم السلام -! أسألك أن تستجيب دعوتي؛ فإني مضطر، وتعصمني في ديني؛ فإني مبتلى، وتنالني برحمتك؛ فإني مذنب، وتنفي عني الفقر؛ فإني متمسكن؛ إلا كان حقا على الله عز وجل أن لا يرد يديه خائبتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba yang menadah tapak tangannya selepas setiap solat kemudian dia membaca: Ya Allah ya Tuhanku! Tuhan Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Jibril, Mikail dan Israfil AS, aku meminta kepada-Mu untuk mengkabulkan doaku kerana sesungguhnya aku terdesak. Peliharalah aku pada agamaku kerana sesungguhnya aku diuji. Sampaikanlah aku dengan rahmat-Mu kerana sesungguhnya aku berdoa, dan hilangkanlah kefakiran daripadaku kerana sesungguhnya aku miskin, melainkan ia menjadi hak atas Allah Azza Wa Jalla supaya tidak membiarkan kedua tangannya itu kosong (tanpa memberi apa-apa).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis nombor 7810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه – قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: ما من عبد يبسط كفيه دبر كل صلاة، ثم يقول: اللهم إلهي وإله إبراهيم وإسحاق ويعقوب، وإله جبرائيل وميكائيل وإسرافيل – عليهم السلام -! أسألك أن تستجيب دعوتي؛ فإني مضطر، وتعصمني في ديني؛ فإني مبتلى، وتنالني برحمتك؛ فإني مذنب، وتنفي عني الفقر؛ فإني متمسكن؛ إلا كان حقا على الله عز وجل أن لا يرد يديه خائبتين).
[ ابن السني ((الضعيفة)) (5701]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang menadah tapak tangannya selepas setiap solat kemudian dia membaca: Ya Allah ya Tuhanku! Tuhan Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Jibril, Mikail dan Israfil AS, aku meminta kepada-Mu untuk mengkabulkan doaku kerana sesungguhnya aku terdesak. Peliharalah aku pada agamaku kerana sesungguhnya aku diuji. Sampaikanlah aku dengan rahmat-Mu kerana sesungguhnya aku berdoa, dan hilangkanlah kefakiran daripadaku kerana sesungguhnya aku miskin, melainkan ia menjadi hak atas Allah Azza Wa Jalla supaya tidak membiarkan kedua tangannya itu kosong (tanpa memberi apa-apa).” [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5701]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.