Terung itu dimakan mengikut tujuan ia dimakan

TEKS BAHASA ARAB

الباذنجان لما أكل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terung itu dimakan mengikut tujuan ia dimakan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 26, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل، وكذا: "كلوا الباذنجان، وأكثروا منه؛ فإنه أول شجرة آمنت بالله".
وكذا: "كلوا الباذنجان؛ فإنه من شجرة رأيتها في جنة المأوى، فمن أكلهعلى أنها داء كانت داء، ومن أكلها على أنها دواء كانت دواء".
فقد قال السخاوي: كلها باطل. انتهى.
وعند البيهقي في "مناقب الشافعي"، عن حرملة: سمعت الشافعي ينهى عن أكل الباذنجان بالليل.

Batil, demikian juga (hadith): "Makanlah terung dan perbanyakkanlah memakannya; kerana ia merupakan pokok yang mula-mula beriman dengan Allah".
Demikian juga (hadith): "Makanlah kalian akan terung; kerana ianya antara pokok yang aku lihat dalam syurga Ma’wa. Sesiapa yang memakannya sebagai penyakit, maka ia menjadi penyakit dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat, maka ia menjadi ubat".
Al-Sakhawi berkata: "Kesemuanya batil" tamat (nukilan).
Di sisi al-Baihaqi dalam Manaqib al-Syafi’e, daripada Harmalah: Aku pernah mendengar al-Syafi’e melarang dari memakan terung pada waktu malam.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs