Terdapat hari-hari yang memerlukan kesabaran dan sabar ketika itu umpama menggenggam bara api

TEKS BAHASA ARAB

بل ائتمروا بالمعروف، وتناهو اعن المنكر، حتى إذا رأيت شحا مطاعا، وهوى متبعا، ودنيا مؤثرة، وإعجاب كل ذي رأي برأيه، فعليك بنفسك، ودع عنك العوام، فإن من ورائكم أيام الصبر، الصبر فيهن مثل قبض على الجمر، للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahkan, saling menyuruhlah akan perkara yang makruf dan cegahlah perkara mungkar sehingga apabila engkau melihat orang yang kedekut ditaati, nafsu diikuti, dunia didahului, dan ketakjuban setiap orang yang mempunyai pendapat terhadap pendapatnya. Maka, hendaklah engkau menjaga dirimu sendiri dan jauhilah orang-orang awam. Hal ini kerana, di belakang kamu terdapat hari-hari (yang memerlukan) kesabaran, sabar ketika itu umpama menggenggam bara api, bagi orang yang beramal dalam kalangan mereka mendapat pahala seumpama 50 orang yang beramal seperti amalannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1308, hadis nombor 6681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمية الشعباني، قال: سألت أبا ثعلبة الخشني فقلت: يا أبا ثعلبة كيف تقول في هذه الآية: {عليكم أنفسكم}؟ قال: أما والله لقد سألت عنها خبيرا، سألت عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: بل ائتمروا بالمعروف، وتناهو اعن المنكر، حتى إذا رأيت شحا مطاعا، وهوى متبعا، ودنيا مؤثرة، وإعجاب كل ذي رأي برأيه، فعليك بنفسك، ودع عنك العوام، فإن من ورائكم أيام الصبر، الصبر فيهن مثل قبض على الجمر، للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله.
[د، ت، هـ، حب، ابن جرير، الطحاوي في ((المشكل))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1025)].

(Lemah)
Daripada Abi Umayyah al-Sha’bani, katanya: Aku pernah bertanya Abu Tha’labah al-Khushani, aku berkata: Wahai Abu Tha’labah! Bagaimana engkau menafsirkan ayat ini: {Jagalah diri kamu} [Surah al-Ma'idah, 5:105]? Beliau menjawab: Tidakkah demi Allah! Aku telah bertanya tentangnya kepada seorang yang mahir. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: Bahkan, saling menyuruhlah akan perkara yang makruf dan cegahlah perkara mungkar sehingga apabila engkau melihat orang yang kedekut ditaati, nafsu diikuti, dunia didahului, dan ketakjuban setiap orang yang mempunyai pendapat terhadap pendapatnya. Maka, hendaklah engkau menjaga dirimu sendiri dan jauhilah orang-orang awam. Hal ini kerana, di belakang kamu terdapat hari-hari (yang memerlukan) kesabaran, sabar ketika itu umpama menggenggam bara api, bagi orang yang beramal dalam kalangan mereka mendapat pahala seumpama 50 orang yang beramal seperti amalannya.
[Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ibn Jarir, al-Tahawi dalam al-Mushkil, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1025].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs