TEKS BAHASA ARAB
حديث: أقل الحيض ثلاثة أيام، وأكثره عشرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tempoh minimum haid adalah tiga hari, maksimum adalah sepuluh hari.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Zayla’i (m. 762H) رحمه الله dalam kitab beliau berjudul Nasb al-Rayah, dalam jilid 1, di halaman 191-192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الدارقطني: حماد بن منهال مجهول، ومحمد بن أحمد بن أنس ضعيف، انتهى. وقال ابن حبان: محمد بن راشد كثرت المناكير في روايته، فاستحق الترك، انتهى.
Al-Daraqutni berkata: Hammad bin Minhal adalah seorang perawi majhul (tidak dikenali) manakala Muhammad bin Ahmad bin Anas pula, adalah seorang perawi lemah, tamat nukilan. Dan Ibn Hibban berkata: Muhammad bin Rashid banyak al-Manakir (riwayat-riwayat yang sangat lemah) dalam riwayat-riwayatnya, maka dia berhak ditinggalkan.
RUJUKAN
Abdullah bin Yusuf al-Zayla‘i. (1997). Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah. Beirut: Muassasah al-Rayyan.
LIHAT JUGA
- Al-Nawawi (m.676) dalam al-Khulasah: Lemah
- Ibn Qudamah al-Maqdisi (m. 678) dalam al-Mughni: Sanadnya lemah
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) dalam al-Lu’lu’ al-Marsu’: Hasan
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.