Tatkala hari (peperangan) Quraizah dan al-Nadhir, Rasulullah ﷺ datang dengan Safiyyah binti Huyay sambil lengannya berada pada tangan baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما كان يوم ‌قريظة والنضير، جاء رسول الله ﷺ بصفية بنت حيي وذراعها في يده، فلما رأت السبي، قالت: أشهد أن لا إله إلا الله، وأنك رسول الله، فأرسل ذراعها من يده، وأعتقها، وخطبها، وتزوجها، وأمهرها ‌رزينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tatkala hari (peperangan) Quraizah dan al-Nadhir, Rasulullah ﷺ datang dengan Safiyyah binti Huyay sambil lengannya berada pada tangan baginda. Apabila beliau (Safiyyah) melihat tawanan, beliau berkata: “Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa kamu ialah Rasulullah”. Lalu baginda melepaskan lengannya daripada tangan baginda, membebaskannya, meminangnya, mengahwininya dan memberi Razinah sebagai maharnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 578, hadis nombor 2977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ‌رزينة قالت: «لمَّا كان يومُ قريظةَ والنضيرِ، جاءَ رسولُ اللهِ ﷺ بصفيةَ بنتِ حُيَيٍّ وذراعُهَا في يدِه، فلمَّا رأتِ السَّبْيَ، قالتْ: أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ، وأنكَ رسولُ اللهِ، فأرسلَ ذراعَها من يدِه، وأعْتَقَها، وخَطَبَهَا، وتزوَّجها، وأَمْهَرَهَا رَزِينَةً». [ع، طب، «الضعيفة» (6750)].

(Munkar) Daripada Razinah, beliau berkata: Tatkala hari (peperangan) Quraizah dan al-Nadhir, Rasulullah ﷺ datang dengan Safiyyah binti Huyay sambil lengannya berada pada tangan baginda. Apabila beliau (Safiyyah) melihat tawanan, beliau berkata: “Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa kamu ialah Rasulullah”. Lalu baginda melepaskan lengannya daripada tangan baginda, membebaskannya, meminangnya, mengahwininya dan memberi Razinah sebagai maharnya. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6750].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.