Tahukah kalian mengapa aku ucapkan amin?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم، قال: جاءني جبريل عليه السلام، فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما، فلم يبرهما دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahukah kalian mengapa aku ucapkan amin? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Lalu baginda bersabda: Jibril datang kepadaku lalu memberitahu kepadaku: Mereka yang apabila nama kamu disebut di sisinya namun dia tidak berselawat ke atas kamu, maka dia akan masuk ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya (daripada rahmatNya) serta murka kepadanya. Lalu aku mengucapkan Amin. Dan sesiapa yang sempat bersama dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka namun tidak berbuat baik kepada keduanya maka dia akan masuk ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya serta murka padanya. Lalu aku mengucapkan Amin. Dan sesiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan namun dia tidak diampunkan, dia akan memasuki neraka, dan Allah akan menjauhkannya serta murka padanya. Lalu aku mengucapkan Amin.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157 hadis nombor 785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم ارتقى على المنبر فأمن ثلاث مرات، ثم قال: تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم، قال: جاءني جبريل عليه السلام، فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما، فلم يبرهما دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له دخل النار، فأبعده الله وأسحقه، فقلت: آمين.
[طب، ((الضعيفة)) (6644)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA sesungguhnya Nabi ﷺ menaiki mimbar lalu mengucapkan amin sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda: Tahukah kalian mengapa aku ucapkan amin? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Lalu baginda bersabda: Jibril datang kepadaku lalu memberitahu kepadaku: Mereka yang apabila nama kamu disebut di sisinya namun dia tidak berselawat ke atas kamu, maka dia akan masuk ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya (daripada rahmatNya) serta murka kepadanya. Lalu aku mengucapkan Amin. Dan sesiapa yang sempat bersama dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka namun tidak berbuat baik kepada keduanya maka dia akan masuk ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya serta murka padanya. Lalu aku mengucapkan Amin. Dan sesiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan namun dia tidak diampunkan, dia akan memasuki neraka, dan Allah akan menjauhkannya serta murka padanya. Lalu aku mengucapkan Amin.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6644]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.