Hendaklah kalian mendirikan solat malam

TEKS BAHASA ARAB عليكم بقيام الليل؛ فإنه دأب الصالحين قبلكم، ومقربة لكم إلى الله عز وجل، ومكفرة للسيئات، ومنهاة عن الإثم، ومطردة للداء عن الجسد. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah kalian mendirikan solat malam kerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia juga mendekatkan kalian kepada Allah Azzawajalla, mengampunkan keburukan, menghalang dosa dan menjauhkan penyakit daripada badan. STATUS Lemah …

Lupa adalah sifat kebiasaan

TEKS BAHASA ARAB حديث: النسيان طبع الإنسان. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Lupa adalah sifat kebiasaan semua insan. STATUS Tidak diketahui KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 209, hadis nombor 659. …

Hukum adalah terhadap perkara yang kebiasaan berlaku

TEKS BAHASA ARAB الحكم للغائب. TEKS BAHASA MALAYSIA Hukum adalah terhadap perkara yang kebiasaan berlaku. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 34, hadis nombor 120. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini: …