Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut

TEKS BAHASA ARAB الخضاب يوم عاشوراء، والمصافحة فيه. TEKS BAHASA MALAYSIA Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut. STATUS Dusta KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 75-76, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau …

Hendaklah kalian berinai

TEKS BAHASA ARAB عليكم بسيد الخضاب الحناء؛ يطيب البشرة ويزيد في الجماع. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah kalian berinai; (kerana) mencantikkan kulit dan meningkatkan kekuatan ketika berjimak. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di …

Hendaklah kalian melumur rambut kalian yang beruban itu dengan inai

TEKS BAHASA ARAB شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم، وأطيب لأفواهكم، وأكثر لجماعكم، الحناء سيد ريحان أهل الجنة، الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah kalian melumur rambut kalian yang beruban itu dengan inai, sesungguhnya akan mencantikkan wajah kalian, dan wangilah mulut kalian, dan perbanyakkanlah jimak kalian, inai itu adalah tuan kepada ahli syurga, dan inai itu …

Warnakanlah ubanmu dengan inai, kerana inai menjadikan wajah-wajah kamu menawan

TEKS BAHASA ARAB شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم، وأطيب لأفواهكم، وأكثر لجماعكم، الحناء سيد ريحان أهل الجنة، الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان. TEKS BAHASA MALAYSIA Warnakanlah ubanmu dengan inai, kerana inai menjadikan wajah-wajah kamu menawan, dan ia adalah sebaik-baik pewangi bagi mulutmu, dan ia menjadikan dirimu lebih kuat (dalam berhubungan). Inai adalah pewangi utama bagi ahli syurga, dan …

Tidak ada satu daun dari dedaunan di Handaba’

TEKS BAHASA ARAB ما من ورقة من ورق الهندباء إلا وعليها قطرة من ماء الجنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Aku masuk berjumpa Muhammad bin Ali bin Husain dan disisinya ada anaknya. Dia berkata: Ayuh kita makan tengah hari. Aku berkata: Aku sudah makan tengah hari wahai anak Rasulullah! Dia berkata: Ia adalah Handaba’! Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ada apa di al-Handaba’? …