Sujud itu adalah di atas tujuh anggota: dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua hujung (jari) kaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئًا منه من الأرض؛ أحرقه الله بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sujud itu adalah di atas tujuh anggota: dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua hujung (jari) kaki. Maka sesiapa yang tidak pasakkan salah satu daripadanya di atas bumi, Allah akan membakarnya dengan api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: ((السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئًا منه من الأرض؛ أحرقه الله بالنار)). [عد، ((الضعيفة)) (5811)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sujud itu adalah di atas tujuh anggota: dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua hujung (jari) kaki. Maka sesiapa yang tidak pasakkan salah satu daripadanya di atas bumi, Allah akan membakarnya dengan api neraka.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5811].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.