Siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia adalah orang diberi petunjuk dan siapa yang melakukan maksiat terhadap Allah dan Rasulm-Nya maka dia telah sesat sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الحمد لله نستعينه ونستغفره ونستهديه ونستنصره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادى له وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله من يطع الله ورسوله فقد رشد ومن يعص الله ورسوله فقد غوى حتى يفئ إلى أمر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, petunjuk dan bantuan-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan keburukan amalan kita. Barang siapa yang mendapat petunjuk Allah maka dia tidak akan sesat dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan hamba dan Rasul-Nya. Siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia adalah orang diberi petunjuk dan siapa yang melakukan maksiat terhadap Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1582, hadis nombor 8002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً بزيادة: ((الاستهداء والاستنصار وغيره))) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب يوماً فقال: ((إن الحمد لله نستعينه ونستغفره ونستهديه ونستنصره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادى له وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله من يطع الله ورسوله فقد رشد ومن يعص الله ورسوله فقد غوى حتى يفئ إلى أمر الله)). [الشافعي في ((الأم))، ((الضعيفة)) (6525)].

(Sangat Munkar dengan penambahan "penyaksian meminta hidayah dan bantuan serta selainnya")
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah pada satu hari dan bersabda: ((Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, petunjuk dan bantuan-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan keburukan amalan kita. Barang siapa yang mendapat petunjuk Allah maka dia tidak akan sesat dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan hamba dan Rasul-Nya. Siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia adalah orang diberi petunjuk dan siapa yang melakukan maksiat terhadap Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.))
[al-Syafie dalam al-Um. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6525)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.