Siapa yang membeli hamba, maka bertahmidlah kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رمن ابتاع مملوكا فليحمد الله، وليكن أولى ما يطعمه الحلو فإنه أطيب لنفسه


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapa yang membeli hamba, maka bertahmidlah kepada Allah dan jadikanlah makanan pertama yang diberi makan kepadanya ialah makanan manis, maka sesungguhnya ia paling baik untuk dirinya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 178-179, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن عائشة موفوعا، وقال: موضوع.
الحكم بن عبد الله بن حطان كذاب.
قال في اللآلىء. إنه ورد من طريق آخر ثم ذكر عن الخرائطي بإسناده إلى معاذ فذكره .

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini palsu. al-Hakam bin Abdullah bin Hattan adalah seorang perawi pendusta.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’. Sesungguhnya hadith ini datang dari jalan yang lain kemudian beliau menyebutkan daripada al-Kharaithi dengan sanadnya sampai kepada Mu‘az lalu menyebutkannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs