TEKS BAHASA ARAB
حديث في الجامع الصغير: الشيخ في أهله كالنبي في أمته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith dalam kitab al-Jami al-Saghir: Sheikh (orang tua) dalam kalangan keluarganya ibarat seperti Nabi dalam kalangan umatnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 105, hadis nombor 285. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لكن قال شارحه المناوي: قال ابن حبان: موضوع، وغيره: باطل.
Namun, penulis syarah kepada al-Jami’ al-Saghir iaitu al-Munawi berkata: Ibn Hibban berkata: Palsu.
Manakala, selain Ibn Hibban pula berkata: Batil.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.