Setiap yang jatuh mesti ada yang mengutipnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لكل ساقطة لاقطة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Setiap yang jatuh mesti ada yang mengutipnya".

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 148, hadis nombor 433. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حديث: لكلِّ ساقطةٍ لاقطةٌ. كَقَوْلِهِم: لكل شَيْء آفَة وللعلم آفَات. من كَلَام الْأَعْلَام.

Hadith: “Setiap yang jatuh mesti ada yang mengutipnya". Seperti kata orang ramai: “Setiap sesuatu itu ada kerosakannya. Ilmu memiliki lebih banyak kerosakannya.” Daripada kata-kata tokoh.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.