TEKS BAHASA ARAB
حديث: لكل شيء زكاة وزكاة الدار بيت الضيافة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Setiap sesuatu itu ada zakatnya, maka zakat bagi sesebuah rumah adalah rumah tamu(bilik tetamu).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 61, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الذيل: وضعه أحمد بن عثمان أو شيخه.
Al-Suyuti berkata di dalam kitabnya al-Zail: Ahmad bin Uthman atau gurunya telah mencipta hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.