Setiap perkara itu baik dan buruknya datang daripada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

الأمور كلها خيرها ‌وشرها من الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara itu baik dan buruknya datang daripada Allah SWT.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 714, hadis nombor 3651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: الأمور كلها خيرها ‌وشرها من الله. وقال: إن القدر نظام التوحيد فمن وحد الله وآمن بالقدر فقد استمسك بالعروة الوثقى، ومن لم يؤمن بالقدر كان ناقضاً للتوحيد)). وقال: ((لا يدخل الجنة مكذب بقدر)). [طس، ((الضعيفة)) (4072، 7150)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap perkara itu baik dan buruknya datang daripada Allah SWT. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya al-Qadar itu adalah paksi bagi tauhid. Sesiapa yang mengesakan Allah dan beriman dengan al-Qadar maka dia telah berpegang kepada tali (agama) yang kuat dan tidak akan putus. Sesiapa yang tidak beriman dengan al-Qadar maka ia telah membatalkan tauhid. Baginda juga berkata: Tidak masuk syurga orang yang mendustakan al-Qadar.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4072, 7150]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs