Sesungguhnya wanita itu ialah permainan

TEKS BAHASA ARAB

إنما النساء لعب، فمن اتخذ لعبة فليحسنها، أو فليستحسنها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya wanita itu ialah permainan. Barang siapa yang mengambilnya sebagai permainan maka hendaklah dia memperelokkannya atau memintanya supaya menjadi elok.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis nombor 4660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي بكر بن حزم مرفوعا: ((إنما النساء لعب، فمن اتخذ لعبة فليحسنها، أو فليستحسنها)).
[الحارث، ((الضعيفة)) (462)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Hazm secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya wanita itu ialah permainan. Barang siapa yang mengambilnya sebagai permainan maka hendaklah dia memperelokkannya atau memintanya supaya menjadi elok.
[Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 462].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.