Sesungguhnya tujuh puluh ribu manusia – yang setiap mereka telahpun wajib (masuk) neraka – akan masuk syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفا – كلهم قد استوجبوا النار- الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tujuh puluh ribu manusia – yang setiap mereka telahpun wajib (masuk) neraka – akan masuk syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 508, hadis nombor 2704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفا – كلهم قد استوجبوا النار- الجنة بغير حساب». [ابن عساکر، «الضعيفة» (5210)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya tujuh puluh ribu manusia – yang setiap mereka telahpun wajib (masuk) neraka – akan masuk syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman. [Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5210].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.