Sesungguhnya sultan adalah bayangan Allah dan tombak-Nya di bumi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنما السلطان ظل الله ورمحه في الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya sultan adalah bayangan Allah dan tombak-Nya yang berada di bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 210, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المقاصد. وعزاه إلى الديلمي. وروى: الظالم عدل الله في الأرض ينتقم به، ثم ينتقم منه. ذكره في المقاصد أيضا.

Al-Sakhawi menyebut di dalam kitab al-Maqasid, dan menisbahkannya kepada al-Dailami dan diriwayatkan: penzalim diadili Allah dibumi dengan seksaannya dan kemudian Allah menuntut bela darinya. Al-Sakhawi menyebutnya juga di dalam kitab Al-Maqasid.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.