Sesungguhnya perasaan malu dan al-Iyyu (tidak banyak bercakap) merupakan sebahagian daripada iman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الحياء والعي من الإيمان، وهما يقربان من الجنة، ويباعدان من النار، والفحش والبذاء من الشيطان، وهما يقربان من النار، ويباعدان من الجنة فقال أعرابي لأبي أمامة: إنا لنقول في الشعر: إن العي من الحمق! فقال تراني أقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ وتجيئني بشعرك النتن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perasaan malu dan al-Iyyu (tidak banyak bercakap) merupakan sebahagian daripada iman. Dan kedua-duanya mendekatkan kepada syurga serta menjauhkan dari api neraka. Sesungguhnya perkara keji dan ucapan kotor itu datang daripada syaitan. Keduanya mendekatkan kepada neraka dan menjauhkan dari syurga. Lalu arab badwi itu berkata: Sesungguhnya kami mengatakan dalam syair: Sesungguhnya al-Iyyu (tidak banyak bercakap) adalah sebahagian daripada kebodohan. Kemudian Abu Umamah berkata: Kamu melihat aku berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Kemudian kamu mendatangkan kepadaku dengan syairmu yang kotor ini?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 149 hadis nombor 753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الحياء والعي من الإيمان، وهما يقربان من الجنة، ويباعدان من النار، والفحش والبذاء من الشيطان، وهما يقربان من النار، ويباعدان من الجنة فقال أعرابي لأبي أمامة: إنا لنقول في الشعر: إن العي من الحمق! فقال تراني أقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ وتجيئني بشعرك النتن.
[طب، ((الضعيفة)) (6884)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya perasaan malu dan al-Iyyu (tidak banyak bercakap) merupakan sebahagian daripada iman. Dan kedua-duanya mendekatkan kepada syurga serta menjauhkan dari api neraka. Sesungguhnya perkara keji dan ucapan kotor itu datang daripada syaitan. Keduanya mendekatkan kepada neraka dan menjauhkan dari syurga. Lalu arab badwi itu berkata: Sesungguhnya kami mengatakan dalam syair: Sesungguhnya al-Iyyu (tidak banyak bercakap) adalah sebahagian daripada kebodohan. Kemudian Abu Umamah berkata: Kamu melihat aku berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Kemudian kamu mendatangkan kepadaku dengan syairmu yang kotor ini?
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 6884]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.