Sesungguhnya pada bulan Rejab ada satu hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في رجب يوما وليلة من صام ذلك اليوم وقام تلك الليلة كان له من الأجر كمن صام مائة سنة وقام لياليها وهي لثلاثة بقين إن رجب وهو اليوم الذي بعث فيه محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana sesiapa yang berpuasa padanya dan berqiyam pada malamnya, maka baginya pahala umpama orang yang berpuasa sebanyak seratus tahun dan melakukan qiyam pada malamnya. Dan tiga hari yang baki daripada bulan Rejab ialah hari di mana diutuskan padanya Muhammad SAW.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 58-60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ إِنَّ فِيَ رَجَبٍ يَوْمًا وَلَيْلَةً مَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ وَقَامَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ كَمَنْ صَامَ مِائَةَ سَنَةٍ وَقَامَ لَيَالِيهَا وَهِيَ لثَلَاثَة بَقينَ إِن رَجَبٍ وَهُوَ الْيَوْمُ الَّذِي بُعِثَ فِيهِ مُحَمَّد.
ذكره قطب الأقطاب غوث الأنجاب الجيلاني رَئِيس السلسة الْقَادِرِيَّةِ فِي غُنْيَةِ الطَّالبِيِنَ قَائِلا: أَخْبَرَنَا هِبَةُ اللَّهِ بِإِسْنَادِهِ عَنْ أَبِى سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وسلمان الْفَارِسِي قَالَا، قَالَ رسو الله: ((إِنَّ فِي رَجَبٍ إِلخ)). وَأَخْرَجَهُ الْحَافِظ ابْن حجر الْعَسْقَلَانِي فِي كِتَابِهِ تَبْيِينِ الْعَجَبِ مِمَّا وَرَدَ فِي فَضْلِ رَجَبٍ، وَأَدْخَلَهُ فِي الْمَوْضُوعَاتِ، فَإِنَّهُ قَالَ: أَولا أَمَّا الْأَحَادِيث الْوَارِدَةُ فِي فَضْلِ رَجَبٍ أَوْ صِيَامِهِ أَوْ صِيَامِ شَيْءٍ مِنْهُ فَهِيَ عَلَى قِسْمَيْنِ ضَعِيفَةٌ وَمَوْضُوعَةٌ، ونَحْنُ نَسُوقُ الضَّعِيفَةَ، وَنُشِيرُ إِلَى الْمَوْضُوعَةِ بِإِشَارَةٍ مُفْهَمَةٍ، فَذَكَرَ مِنَ الضَّعِيفَةِ حَدِيثَ أَنَسٍ مَرْفُوعًا: إِنَّ فِي الْجنَّة نَهرا يُقَالُ لَهُ رَجَبٌ مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ.
وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَان وبلغنا رَمَضَان.
وَحَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ الله لَمْ يَصُمْ بَعْدَ رَمَضَانَ إِلا رَجَب وَشَعْبَانَ ثمَّ قَالَ بعد الْبَحْث فِي أَسَانِيد هَذِه الْأَحَادِيث وَورد فِي فضل رَجَب من الْأَحَادِيث الْبَاطِلَة لَا بَأْس بالتنبيه عَلَيْهَا لِئَلَّا يغتر بِهِ انْتهى. فَذكر أَحَادِيث كَثِيرَة وَبَعضهَا مَذْكُورَة فِي غنية الطالبين وإحياء الْعُلُوم وقوت الْقُلُوب لأبي طَالب الْمَكِّيّ وَغَيرهَا من كتب المشائخ المعتبرين فِي السلوك والتصوف، وَذَكَرَ فِي أَثْنَائِهَا هَذَا الْحَدِيثَ قَائِلا: أَخْبَرَنَا أَبُو الْحَسَنِ الْمُرَادِيُّ بِصَالِحِيَّةِ دِمِشْقٍ، أَنْبَأَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَزْرِيُّ وَعَائِشَةُ بنت مُحَمَّد ابْن مُسْلِمٍ قَرَأْتُ عَلَيْهِمَا وَأَنَا حَاضِرٌ وَأَجَازَهُ. أَنْبَأَنَا إِبْرَاهِيمُ الآدَمِيُّ، أَنْبَأَنَا مَنْصُورُ بْنُ عَلِيٍّ الطَّبَرِيُّ، أَنْبَأَنَا عَبْدُ الْجَبَارِ بْنِ مُحَمَّدِ الْفَقِيهِ، أَنْبَأَنَا الْحَافِظُ أَبُو بَكْرٍ الْبَيْهَقِيُّ، أَنبأَنَا أَبُو عبد الله الْحَافِظِ، أَنَا أَبُو نَصْرٍ رَشِيقُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ إِمْلاءً مِنْ أَصْلِ كِتَابِهِ بِطَابْرَانَ، أَنَا الْحُسَيْنُ بن إِدْرِيس، أَنا خَالِد ابْن الْهَيَّاجِ، عَنْ أَبِيهِ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيّ، عَن أبي عُثْمَان، عَن سَلْمَانَ الْفَارِسِيَّ قَالَ، قَالَ رَسُولُ الله فِي رَجَب يَوْم وَلَيْلَة. الحَدِيث.
ثمَّ قَالَ: هَذَا الحَدِيث مُنكر إِلَى الْغَايَة وَهياج هُوَ ابْن بسطَام التَّيْمِيّ الْهَرَوِيّ وروى عَن جمَاعَة من التَّابِعين، وَضَعفه ابْن معِين، وَقَالَ أَبُو دَاوُد تَرَكُوهُ، وَقَالَ الْحَافِظ الملقب بجزرة مُنكر الحَدِيث لَا يكْتب من حَدِيثه إِلَّا للاعتبار وَلم أكن أعلمهُ بِهَذَا حَتَّى قدمت هراة فَرَأَيْت عِنْدهم أَحَادِيث مَنَاكِير كَثِيرَة. وَقَالَ الْحَاكِم أَبُو عبد الله: هَذِه الْأَحَادِيث الَّتِي رَوَاهَا صَالح من حَدِيث الْهياج الذَّنب فِيهِ لِابْنِهِ خَالِد وَالْحمل فِيهَا عَلَيْهِ وَقَالَ يحيى بْن أَحْمد بْن زِيَاد الْهَرَوِيّ كل مَا أنكرهُ على الْهياج فَهُوَ من جمع ابْنه انْتهى كَلَامه.

Hadis:
إِنَّ فِيَ رَجَبٍ يَوْمًا وَلَيْلَةً مَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ وَقَامَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ كَمَنْ صَامَ مِائَةَ سَنَةٍ وَقَامَ لَيَالِيهَا وَهِيَ لثَلَاثَة بَقينَ إِن رَجَبٍ وَهُوَ الْيَوْمُ الَّذِي بُعِثَ فِيهِ مُحَمَّد.
“Sesungguhnya pada bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana sesiapa yang berpuasa padanya dan berqiyam pada malamnya, maka baginya pahala umpama orang yang berpuasa sebanyak seratus tahun dan melakukan qiyam pada malamnya. Dan tiga hari yang baki daripada bulan Rejab ialah hari di mana diutuskan padanya Muhammad SAW.”
Qutb al-Aqtab Ghauth al-Anjab al-Jilani, iaitu ketua kepada silsilah Qadariyyah di dalam kitabnya Ghuniyyah al-Talibin berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Hibatullah dengan sanadnya daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah dan Salman al-Farisi berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: (Sesungguhnya pada bulan Rejab…). Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut hadis ini di dalam kitabnya Tabyin al-‘Ajab berkaitan dengan kelebihan Rejab dan dia telah meletakkan hadis ini di dalam kategori hadis palsu. Dia berkata: Yang pertama, hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan Rejab atau berpuasa sebahagian daripadanya terbahagi kepada dua kategori: Daif dan juga palsu. Kami bawakan hadis-hadis daif dan kami mengisyaratkan hadis-hadis yang palsu dengan isyarat yang difahami.”
Lalu dia sebutkan di antara hadis yang daif, iaitu hadis Anas yang diriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu sungai dinamakan sungai Rejab. Airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka Allah SWT akan memberinya minum daripada sungai tersebut.”
Dan hadis Anas daripada Nabi SAW apabila memasuki bulan Rejab, Nabi bersabda: “Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah kami pada bulan Rejab, Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Dan hadis Abi Hurairah, daripada Rasulullah SAW: “Rasulullah tidak berpuasa selepas pada bulan Ramadan melainkan pada Rejab dan Syaaban.” Kemudian dia berkata, selepas meneliti pada sanad-sanad hadis-hadis ini dan apa yang dinyatakan pada kelebihan bulan Rejab daripada hadis-hadis yang batil: “Maka tidak menjadi masalah pada memberi peringatan akannya supaya tidak terperdaya dengan hadis tersebut. Dan dia menyebut hadis-hadis yang banyak dan sebahagiannya telah disebutkan di dalam Ghunnyiah al-Talibin, Ihya Ulum al-Din dan Qut al-Qulub oleh Abi Talib al-Makki. Dan selain daripadanya, daripada kitab-kitab masyayikh, kitab-kitab para syeikh yang muktabar dalam suluk dan tasawuf. Dan dia telah menyebut pada hadis ini: Telah mengkhabarkan kepada kami abu al-Hasan al-Muradi akan kebaikan Damsyik. Telah memberitakan kepada kami Ahmad bin Ali al-Jazari dan Aisyah binti Muhammad Ibn Muslim, aku telah membaca daripada kedua-duanya dan aku hadir serta aku ijazahkannya. Telah memberitakan kepada kami Ibrahim al-Adami, telah memberitakan kepada kami Mansur bin Ali al-Tabari dan telah memberitakan kepada kami Abd al-Jabbar bin Muhammad al-Faqih, telah memberitahu kami al-Hafiz Abu Bakar al-Baihaqi, telah memberitakan kepada kami Abu Abdillah al-Hafiz, telah memberitakan kepada kami Abu Nasar Rashiq ibn Abdillah secara imla’ daripada asal kitabnya di Tabiran, telah memberitakan kepada kami al-Husain bin Idris, telah memberitakan kepada kami Khalid ibn al-Hayyaj daripada ayahnya daripada Sulaiman al-Taimi, daripada Abi Uthman, daripada Salman al-Farisi, telah berkata Rasulullah SAW: “Pada bulan Rejab, terdapat satu hari dan malam…al-Hadis.”
Kemudian dia berkata: Hadis ini ialah hadis yang teramat munkar dan Hayyaj ialah Ibn Bustam al-Taimi al-Harawi. Telah meriwayatkan daripadanya sekumpulan tabiin dan Ibn Ma’in telah menganggapnya sebagai daif. Abu Daud pula menjelaskan bahawa para ulama meninggalkan apa-apa maklumat daripadanya. Al-Hafiz yang digelar Jazarah menyatakan bahawa dia ialah seorang yang munkar hadis dan tidak ditulis hadisnya melainkan untuk iktibar dan aku bukanlah orang yang tahu tentangnya sehingga aku sampai kota Hirah dan aku melihat pada mereka hadis-hadis yang munkar terlalu banyak. Al-Hakim Abu Abdillah berkata, hadis ini ialah hadis yang mana diriwayatkan oleh Soleh daripada hadis al-Hayyaj yang mana dosa padanya bagi anaknya Khalid dan dialah yang memikulnya. Manakala menurut Yahya bin Ahmad bin Ziyad al-Harawi, setiap yang diingkari ke atas hadis al-Hayyaj ia ialah apa yang dihimpunkan oleh anaknya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.