Sesungguhnya orang-orang munafik mempunyai tanda-tanda yang mana mereka dikenali dengannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة، وطعامهم نهبة، وغنيمتهم غلول، ولا يقربون المساجد إلا هجرا، ولا يأتون الصلاة إلا دبرا، مستكبرين، لا يألفون ولا يؤلفون، خشب بالليل، صخب بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang-orang munafik mempunyai tanda-tanda yang mana mereka dikenali dengannya: ucapan hormat mereka ialah laknat, makanan mereka ialah harta rampasan dan harta rampasan mereka ialah hasil curi. Mereka juga tidak mendekati masjid melainkan mereka meninggalkannya dan mereka tidak melaksanakan solat melainkan setelah terlepas waktunya, dalam keadaan sombong. Mereka tidak bermesra dan tidak dimesrakan. (Mereka umpama) tonggak kayu pada waktu malam, namun riuh-rendah pada waktu siang.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 420, hadis nombor 2262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «إن لِلْمُنَافِقِينَ عَلامَاتٌ يُعْرَفُونَ بِهَا: تَحِيَّتُهُمْ لَعَنَةٌ، وَطَعَامُهُمْ نُهْبَةٌ، وَغَنِيمَتُهُمْ غُلُولٌ، وَلا يَقْرَبُونَ الْمَسَاجِدَ إِلا هَجْرًا، وَلا يَأْتُونَ الصَّلاةَ إِلا دَبْرًا، مُسْتَكْبِرِينَ، لا يَأْلَفُونَ وَلا يُؤْلَفُونَ، خشب بالليل، صخب بالنهار». [حم، البزار، «الضعيفة» (5872)].

(Sanadnya Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya orang-orang munafik mempunyai tanda-tanda yang mana mereka dikenali dengannya: ucapan hormat mereka ialah laknat, makanan mereka ialah harta rampasan dan harta rampasan mereka ialah hasil curi. Mereka juga tidak mendekati masjid melainkan mereka meninggalkannya dan mereka tidak melaksanakan solat melainkan setelah terlepas waktunya, dalam keadaan sombong. Mereka tidak bermesra dan tidak dimesrakan. (Mereka umpama) tonggak kayu pada waktu malam, namun riuh-rendah pada waktu siang". [Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5872].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.