Sesungguhnya muazzin dan orang-orang yang mengucapkan talbiah akan keluar dari kubur mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن المؤذنين والملبين يخرجون من قبورهم؛ يؤذن المؤذن، ويلبي ‌الملبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya muazzin dan orang-orang yang mengucapkan talbiah akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan muazzin melaungkan azan manakala orang yang mengucapkan talbiah akan bertalbiah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis nombor 3750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن المؤذنين والملبين يخرجون من قبورهم؛ يؤذن المؤذن، ويلبي ‌الملبي)). [طس، ((الضعيفة)) (2276)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya muazzin dan orang-orang yang mengucapkan talbiah akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan muazzin melaungkan azan manakala orang yang mengucapkan talbiah akan bertalbiah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2276]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.