Sesungguhnya ini dan pengikutnya, bagi mereka kemenangan hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! إن هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة. ثم قال: إنه أولكم إيمانا معي، وأوفاكم بعهد الله، وأقومكم بأمر الله، وأعدلكم في الرعية، وأقسمكم بالسوية، وأعظمكم عند الله مزية. قال: ونزلت: ﴿إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية﴾. قال: فكان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya ini dan pengikutnya, bagi mereka kemenangan hari kiamat. Kemudian baginda berkata: Sesungguhnya dialah orang yang terawal daripada kalian yang beriman denganku, yang paling menyempurnakan janjinya dari kalangan kalian dengan Allah, yang paling benar daripada kalian dalam menjalankan perintah Allah, yang paling adil daripada kalian dalam pentadbiran, yang paling bagus cara pembahagian daripada kalian dengan kesamarataan (dalam urusan ghanimah dan fai’) dan yang paling terkemuka daripada kalian dalam hal kelebihan di sisi Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 495, hadis nombor 2658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله –رضي الله عنهما- قال: كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم؛ فأقبل علي بن أبي طالب، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((قد أتاكم أخي)). ثم التفت إلى الكعبة فضربها بيده ثم قال: ((والذي نفسي بيده! إن هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة. ثم قال: إنه أولكم إيمانا معي، وأوفاكم بعهد الله، وأقومكم بأمر الله، وأعدلكم في الرعية، وأقسمكم بالسوية، وأعظمكم عند الله مزية. قال: ونزلت: ﴿إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية﴾. قال: فكان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية)).[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4925)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Suatu ketika kami sedang berada di sisi Nabi SAW, lalu ‘Ali bin Abi Talib datang, maka Nabi SAW berkata: Telah datang kepada kalian saudaraku. Kemudian baginda berpaling ke arah Kaabah lalu baginda menepuknya dengan tangan baginda. Kemudian baginda berkata: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya ini dan pengikutnya, bagi mereka kemenangan hari kiamat. Kemudian baginda berkata: Sesungguhnya dialah orang yang terawal daripada kalian yang beriman denganku, yang paling menyempurnakan janjinya dari kalangan kalian dengan Allah, yang paling benar daripada kalian dalam menjalankan perintah Allah, yang paling adil daripada kalian dalam pentadbiran, yang paling bagus cara pembahagian daripada kalian dengan kesamarataan (dalam urusan ghanimah dan fai’) dan yang paling terkemuka daripada kalian dalam hal kelebihan di sisi Allah. Jabir berkata: Dan kemudian turunlah ayat {Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik manusia} (surah al-Baiyinah:7). Jabir berkata lagi: Maka para sahabat Muhammad SAW, setiap kali ‘Ali datang, mereka berkata: Telah datang sebaik-baik manusia.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4925].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.