Sesungguhnya Ifrit daripada kalangan jin melakukan tipu daya kepadamu

TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إن عفريتا من الجن يكيدك فإذا أويت إلى فراشك فقل: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} [البقرة: 255] حتى تختم الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: "Sesungguhnya Ifrit daripada kalangan jin melakukan tipu daya kepadamu. Justeru apabila kamu pergi ke tempat tidurmu, ucapkanlah: "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri" [Al-Baqarah: 255] sehingga kamu habiskan ayat itu".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 569, hadis nombor 2944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن أن النبي ﷺ قال: «إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إن عفريتا من الجن يكيدك فإذا أويت إلى فراشك فقل: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} [البقرة: 255] حتى تختم الآية». [الدينوري، «الضعيفة» (6965)].

(Lemah) Daripada al-Ḥasan bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: "Sesungguhnya Ifrit daripada kalangan jin melakukan tipu daya kepadamu. Justeru apabila kamu pergi ke tempat tidurmu, ucapkanlah: "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri" [Al-Baqarah: 255] sehingga kamu habiskan ayat itu". [Riwayat al-Dīnawarī dalam al-Mujālasah wa Jawāhir al-‘Ilm. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6965].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.