TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن في السماء الدنيا ثمانين ألف ملك يستغفرون الله لمن أحب أبا بكر وعمر، وفي السماء الثانية ثمانون ألف ملك يلعنون من أبغض أبا بكر وعمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya di langit dunia terdapat 80,000 malaikat yang memohon ampun daripada Allah untuk orang yang mencintai Abu Bakar dan Umar. Pada langit yang kedua pula terdapat 80,000 malaikat yang melaknat sesiapa yang membenci Abu Bakar dan Umar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 338-339, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا، وقال: وضعه الحسن بن علي العدوى. وذكر صاحب اللآلىء: أنه رواه الديلمي، وأبو نعيم من طريقه. وهذا لا يفيد شيئا.
ورواه ابن شاهين من طريق أخرى فيها محمد بن عبد الله السمرقندي، وهو وضاع.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Ia direka oleh al-Hasan bin Ali al-Adawi.
Pengarang al-Laali’ menyebutkan: Bahawa ia diriwayatkan oleh al-Dailami dan Abu Nuaim melalui jalannya. Ini tidak memberikan apa-apa makna.
Diriwayatkan juga oleh Ibn Syahin daripada jalan yang lain padanya ada Muhammad bin Abdullah al-Samarqandi, seorang pemalsu hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.