TEKS BAHASA ARAB
إن الورد خلق من عرقه عليه السلام أو عرق البراق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bunga mawar itu telah dicipta daripada peluh baginda SAW ataupun peluh buraq.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 91, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "إن الورد خلق من عرقه عليه السلام أو عرق البراق".
قال ابن عساكر: موضوع.
Dan hadis: "Sesungguhnya bunga mawar itu telah dicipta daripada peluh baginda SAW ataupun peluh buraq".
Ibn Asakir telah berkata: Palsu.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.