TEKS BAHASA ARAB
إن من هوان الدنيا على الله أن يحيى بن زكريا قتلته امرأة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya antara kehinaan dunia di sisi Allah ialah Nabi Yahya bin Zakaria dibunuh oleh seorang wanita.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2046, hadis nombor 10294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن مِن هوانِ الدُّنيا علَى اللَّهِ أنَّ يَحيى بنَ زَكَريَّا قتلتهُ امرأةٌ.
[هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5875)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ubai bin Ka’ab RA, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara kehinaan dunia di sisi Allah ialah Nabi Yahya bin Zakaria dibunuh oleh seorang wanita.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5875]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.