Sesungguhnya Allah tidak mendengar untuk apapun daripada penduduk bumi melainkan azan para muazzin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا يأذن لشيء من أهل الأرض إلا لأذان المؤذنين، والصوت الحسن بالقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak mendengar untuk apapun daripada penduduk bumi melainkan azan para muazzin dan juga suara yang indah dalam membaca al-Quran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis nombor 1415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار مرفوعا: ((إن الله لا يأذن لشيء من أهل الأرض إلا لأذان المؤذنين، والصوت الحسن بالقرآن)).
[خط، ((الضعيفة)) (‌‌3108)]

(Palsu)
Daripada Ma’qil bin Yasar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak mendengar untuk apapun daripada penduduk bumi melainkan azan para muazzin dan juga suara yang indah dalam membaca al-Quran.
[Riwayat Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3108]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.