Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada setiap orang yang beriman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أخذ الميثاق على كل مؤمن أن يبغض كل منافق وعلى كل منافق أن يبغض كل مؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada setiap orang yang beriman agar membenci orang munafik dan juga mengambil perjanjian dari orang munafik agar membenci orang yang beriman.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَخَذَ الْمِيثَاقَ عَلَى كُلِّ مُؤْمِنٍ أَنْ يُبْغِضَ كُلَّ مُنَافِقٍ وَعَلَى كُلِّ مُنَافِقٍ أَنْ يُبْغِضَ كُلَّ مُؤْمِنٍ» لَمْ يُوجد.

“Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada setiap orang yang beriman agar membenci orang munafik dan juga mengambil perjanjian dari orang munafik agar membenci orang yang beriman.” Hadis ini tidak dijumpai sumbernya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.