Sesungguhnya Allah menyukai orang yang merendah diri yang tidak kisah apa yang dipakainya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب ‌المتبذل الذي لا يبالي ما لبس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang merendah diri yang tidak kisah apa yang dipakainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis nombor 3117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله يحب ‌المتبذل الذي لا يبالي ما لبس)). [هب، فر، الضياء في ((المنتقى من حديث الأمير أبو أحمد و غيره))، ((الضعيفة)) (2324)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah menyukai orang yang merendah diri yang tidak kisah apa yang dipakainya.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Dhiya’ dalam “al-Muntaqa min Hadis al-Amir Abu Ahmad dan selainnya”. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2324].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.