Sesungguhnya Allah mencipta para nabi daripada pohon yang berbagai dan Dia menciptaku dan Ali daripada satu pohon

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق الأنبياء من أشجار شتى، وخلقني وعليّاً من شجرة واحدة، فأنا أصلها، وعلي فرعها، والحسن والحسين ثمارها، وأشياعنا أوراقها، فمن تعلَّق بغصن من أغصانها؛ نجا، ومن زاغَ؛ هوى، ولو أن عبداً عَبَدَ الله عَزَّ وَجَلَّ بين الصفا والمروة ألف عام، ثم ألف عام، ثم ألف عام ولم يدرك (!) محبتنا؛ إلا أكبّه الله عَزَّ وَجَلَّ على منخريه في لنار "، ثم تلا: {قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى}


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mencipta para nabi daripada pohon yang berbagai dan Dia menciptaku dan Ali daripada satu pohon. Aku adalah akarnya dan Ali adalah cabangnya, al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya dan pengikut kami adalah daun-daunnya. Barang siapa yang bergantung pada sebahagian dahannya dia selamat dan barangsiapa yang berpaling dia mengikut hawa nafsu. Sekiranya seorang hamba menyembah Allah di antara Safa dan Marwah selama seribu tahun, kemudian seribu, kemudian seribu dan dia tidak akan mendapat kecintaan kami melainkan Allah akan memalingkannya di atas dua lubang hidungnya di dalam neraka. Kemudian Baginda membaca ayat: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti).” [al-Syura: 23] .


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1707-1708, hadis nombor 8593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Umamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Asakir dan al-Zahabi dalam al-Mizan.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs