Sesungguhnya Allah mempunyai hamba yang istimewa

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ضنائن من عباده يضن بهم من القتل والأمراض يعيشهم في عافية ويميتهم في عافية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba yang istimewa. Dia memelihara mereka daripada terbunuh dan sakit. Dia hidupkan mereka dalam keadaan sihat dan mematikan mereka dalam keadaan selamat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 28, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه أبن طهمان في مشيخته (1/ 1/ 98- 99) عن نصر أبي جزء عن علي بن الحكم عن أبي الحسن عن سعيد بن عامر قال: قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكره.
قلت: وهذا سند تالف. ونصر هذا: هو ابن طريف اتهمه ابن معين بالوضع. وتركه النسائي وغيره. وقال أحمد: لا يكتب حديثه. وقال الفلاس: حدث بأحاديث ثم مرض، فرجع عنها، ثم صح فعاد إليها يعني أحاديث مختلفة. هذه علة والعلة الثانية: أن أبا الحسن هذا هو الجوزي. قال ابن المديني: مجهول. ووافقه الحافظ في التقريب.
والعلة الثالثة: هي الانقطاع بين أبي الحسن وسعيد بن عامر الصحابي فإنه من المحال أن يدرك أبو الحسن الجوزي هذا الصحابي الجليل. لأن أبا الحسن إنما يروي عن مقسم مولى ابن عباس. ومقسم نفسه لم يدرك سعيد بن عامر لأنه توفي قديماً سنة (20هـ‍) من خلافة الفاروق رضي الله عنه وقد ترجم البخاري في الكنى (ص 21) لأبي الحسن، وساق له شيئاً يرويه عن أبي أسماء الرحبي فالذي يروي عن مقسم وعمرو بن مرة، وأبي أسماء الرحبي لا يمكن أن يدرك سعيد بن عامر. والله أعلم.
وبعد سقوط السند، فالمتن أيضاً باطل لأنه يناقض صريح الكتاب والسنة. أما الكتاب الكريم فقد قال الله تعالى {وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ} 2/155.وقال تعالى: {لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ} 3/ 186.
وأما السنة فلقوله صلى الله عليه وسلم : أشد الناس بلاء الأنبياء، ثم الأمثل فالأمثل. يبتلى الرجل على قدر دينه فإن كان دينه صلباً اشتد بلاؤه وان كان في دينه رقة ابتلى على حسب دينه فما يبرح البلاء بالعبد حتى يتركه يمشي على الأرض ما عليه خطيئة.
أخرجه النسائي في الكبرى كما في الأطراف (3/ 318) والترمذي (2398) وابن ماجه (4023) والدارمي (2/ 228) وأحمد (1/ 172- 174، 180، 185) وفي الزهد (ص 53) وابن أبي شبية (3/ 233) ، والطحاوي في المشكل (3/ 61) وابن حبان (699، 700) والحاكم (1/ 41) وأبو نعيم في الحلية (1/ 368) من طريق الطيالسي وهو في مسنده (215) والدورقي في مسند سعد ابن أبي وقاص (ج1/ق6/2) وبحشل في تاريخ واسط (ص283) وأبو يعلى في مسنده (215) والدورقي في مسنده (ج 2/ رقم 830) وعبد بن حميد في المنتخب (146) وابن سعد في الطبقات (2/ 209) والخطيب في التاريخ (3/ 378- 379) والبيهقي (3/ 372- 373) والبغوي في شرح السنة (5/ 244) من طرق عاصم بن بهدلة عن مصعب بن سعد عن أبيه سعد بن أبي وقاص مرفوعاً فذكره. قال الترمذي: حديث حسن صحيح.
قلت: وسنده حسن لأجل عاصم، ولكنه توبع. تابعه العلاء بن المسيب، عن أبيه عن سعد بن أبي وقاص مرفوعاً به. أخرجه ابن حبان (698) والحاكم (1/ 40- 41). وسنده صحيح. وللحديث شواهد أخرى. فيظهر مما ذكرته أن الحديث الباب باطل لا ريب في ذلك وقد روي بلفظ آخر أقل نكارة من هذا وهو: إن لله ضنائن من عباده، يغذوهم في رحمته، ويجييهم في عافيته. وإذا توفاهم توفاهم إلى جنته أولئك الذين تمر عليهم الفتن كالليل المظلم، وهم في عافية.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 13425) والعقيلي في الضعفاء (4/ 152) وأبو نعيم في الحلية (1/ 6) والخطيب في تلخيص المتشابه (1/ 139 – 140) من طريق إسماعيل بن عياش، نا مسلم بن عبد الله عن نافع، عن ابن عمر مرفوعاً به. قال العقيلي: مسلم بن عبد الله عن نافع مجهول بالنقل وحديثه غير محفوظ. ثم قال: والرواية في هذا الباب فيها لين. وقال الذهبي في الميزان (4/ 105) : مسلم بن عبد الله، لا يعرف، والخبر منكر تفرد به عنه إسماعيل بن عياش. أهـ‍.وأقره الحافظ في ((اللسان)) (6/ 30) .

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Tahman dalam MaSyeikh beliau (1/198-99) daripada Nasr Abi Juz daripada ‘Ali bin al-Hakam daripada Abi al-Hasan daripada Sa’id bin ‘Amir, katanya: Rasulullah SAW bersabda, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang Talif (Binasa). Nasr ini adalah Ibn Tarif, beliau telah didakwa oleh Ibn Ma’in sebagai perawi yang memalsukan hadith. Al-Nasa’ei dan lain-lain pula telah meninggalkan riwayat beliau. Ahmad berkata: “Tidak boleh ditulis hadithnya”. Al-Fallas berkata: “Beliau meriwayatkan hadith-hadith kemudian sakit, beliau pun menarik baliknya. Kemudian beliau sihat, lalu beliau mengulanginya”, maksudnya hadith-hadith yang berbeza-beza. Ini adalah satu kecacatan.
Kecacatan kedua: Abu al-Hasan ini adalah al-Jawzi. Ibn al-Madini berkata: “Majhul”, sama seperti penilaian al-Hafiz dalam al-Taqrib.
Kecacatan ketiga: Terputus sanad antara Abu al-Hasan dan Sa’id bin ‘Amir, seorang sahabat. Adalah mustahil sekiranya Abu al-Hasan al-Jawzi sempat bertemu sahabat agung ini, kerana Abu al-Hasan hanya meriwayatkan daripada Muqsim mawla Ibn ‘Abbas. Muqsim itu sendiri tidak sempat bertemu Sa’id bin ‘Amir kerana Sa’id meninggal dunia awal lagi pada tahun 20 Hijrah semasa zaman Khilafah al-Faruq RA. Al-Bukhari telah membuat biografi bagi Abu al-Hasan dalam al-Kuna (hlmn 21) dan membawakan satu hadith milik Abu al-Hasan yang beliau riwayatkannya daripada Abu Asma’ al-Rahhabi. Jadi, perawi yang meriwayatkan daripada Muqsim, ‘Amr bin Murrah dan Abu Asma’ al-Rahabi tidak mungkin sempat bertemu Sa’id bin ‘Amir. Wallahua’lam.
Setelah gugurnya sanad, matan hadith tersebut juga batil kerana bercanggah dengan ayat al-Qur’an dan Sunnah yang jelas. Adapun al-Qur’an al-Karim, Allah Ta’ala telah berfirman: “Pasti kami akan menguji kamu dengan sesuatu samada perasaan takut, lapar, kehilangan harta, nyawa dan buah-buahan. Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang sabar”. (Surah al-Baqarah, ayat 155). Juga firmanNya: “Kamu pasti akan diuji pada harta-harta dan nyawa-nyawa kamu”. (Surah Aali ‘Imran, ayat 186).
Manakala, Sunnah pula, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang paling berat ujian adalah para Nabi, kemudian yang seperti mereka, kemudian yang seperti mereka. Seseorang akan diuji mengikut kadar agamanya. Sekiranya agamanya kukuh, maka beratlah ujiannya, dan sekiranya agamanya rapuh, maka dia diuji berdasarkan kedudukan agamanya. Ujian akan terus menimpa seseorang hamba hinggalah dia dibiarkan berjalan dimuka bumi dalam keadaan tidak ada apa-apa dosa”. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei dalam al-Kubra sebagaimana dalam al-Atraf (3/318), al-Tirmizi (2398), Ibn Majah (4023), al-Darimi (2/228), Ahmad (1/172-174, 180, 185), juga dalam al-Zuhd (hlmn 53), Ibn Abi Shaybah (3/233), al-Tahawi dalam al-Mushkil (3/61), Ibn Hibban (699, 700), al-Hakim (1/41), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/368), melalui sanad al-Tayalisi, ianya juga terdapat dalam Musnad beliau (215), al-Dawraqi dalam Musnad Sa’d bin Abi Waqqas (juz 1/hlm.6/2), Bahshal dalam Tarikh Awsat (hlmn 283), Abu Ya’la dalam Musnad beliau (215), al-Dawraqi dalam Musnad beliau (juz 2/hadith : 830), ‘Abd bin Humaid dalam al-Muntakhab (146), Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat (2/209), al-Khatib dalam al-Tarikh (3/378-379), al-Baihaqi (3/372-373) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (5/244) melalui snad ‘Asim bin Bahdalah daripada Mus’ab bin Sa’d daripada ayahnya Sa’d bin Abi Waqqas secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya. Al-Tirmizi berkata : “Hadith hasan sahih”.
Saya berkata: Sanadnya hasan disebabkan oleh ‘Asim. Namun, ianya disokong. Hadith tersebut disokong oleh al-‘Ala’ bin al-Musayyab daripada ayahnya daripada Sa’d bin Abi Waqqas secara marfu’ hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban (698), al-Hakim (1/40-41) dan sanadnya sahih. Hadith tersebut juga mempunyai beberapa sokongan lain, lalu jelaslah berdasarkan apa yang telah saya sebutkan bahawa hadith yang sedang dibahaskan dalam bab ini adalah batil tanpa ragu-ragu lagi. Ianya juga turut diriwayatkan dengan lafaz lain yang kurang sedikit munkarnya berbanding hadith ini, iaitu: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hambaNya yang istimewa. Mereka berpagi dalam rahmatNya dan hidup dalam keselamatanNya. Apabila Allah mewafatkan mereka, maka mereka dibawa ke syurga. Mereka itu adalah orang-orang yang fitnah berjalan melintasi mereka seperti malam yang gelap, mereka tetap berada dalam keselamatan”.
Selain itu, hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir (juz12/hadith : 13425), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (4/152), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/6) dan al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih (1/139-140) melalui sanad Isma’il bin Abi ‘Ayyas, katanya Muslim bin ‘Abdillah telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’ hadith tersebut. Al-‘Uqaili berkata: “Muslim bin ‘Abdillah daripada Nafi’, beliau seorang yang Majhul dalam menukilkan hadith, hadithnya tidak mahfuz”. Kemudian al-‘Uqaili berkata: “Riwayat dalam bab ini di dalam sanadnya ada kelemahan”. Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan (4/105): “Muslim bin ‘Abdillah, beliau tidak dikenali. Khabar tersebut adalah munkar, Isma’il bin ‘Ayyash bersendirian meriwayatkannya daripada Muslim”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs