TEKS BAHASA ARAB
إن الله عز وجل جعل لكل نبي شهوة، وإن شهوتي في قيام هذا الليل، إذا قمت فلا يصلين أحد خلفى. وإن الله جعل لكل نبي طعمة، وإن طعمتى هذا الخمس، فإذا قبضت فهو لولاة الأمر من بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah jadikan bagi setiap nabi itu ada syahwat (keberahian). Sesungguhnya keberahianku ialah pada mendirikan malam (qiamullail). Jika aku bangun malam, maka janganlah seorang pun solat di belakangku. Demikian juga sesungguhnya Allah telah jadikan untuk setiap nabi itu ada makanan. Makananku ialah satu perlima (daripada harta rampasan perang). Apabila aku telah meninggal dunia, maka ianya untuk para pemerintah selepasku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis nombor 5099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم كان جالساً ذات يوم، والناس حوله، فقال: ((إن الله عز وجل جعل لكل نبي شهوة، وإن شهوتي في قيام هذا الليل، إذا قمت فلا يصلين أحد خلفي. وإن الله جعل لكل نبي طعمة، وإن طعمتي هذا الخمس، فإذا قبضت فهو لولاة الأمر من بعدي)). [طب، ((الضعيفة)) (3063)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHUMA bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari sedang duduk dan orang ramai sekeliling Baginda. Lalu baginda pun bersanda: Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah jadikan bagi setiap nabi itu ada syahwat (keberahian). Sesungguhnya keberahianku ialah pada mendirikan malam (qiamullail). Jika aku bangun malam, maka janganlah seorang pun solat di belakangku. Demikian juga sesungguhnya Allah telah jadikan untuk setiap nabi itu ada makanan. Makananku ialah satu perlima (daripada harta rampasan perang). Apabila aku telah meninggal dunia, maka ianya untuk para pemerintah selepasku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3063]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.