TEKS BAHASA ARAB
إن الله عز وجل وملائكته يصلون على أصحاب العمائم يوم الجمعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis nombor 1806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا:«إن الله عز وجل وملائكته يصلون على أصحاب العمائم يوم الجمعة». [طب، حل، «الضعيفة» (159)].
(Palsu) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 159].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.