Sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi pada malam tadi tentang kedudukan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت الليلة منازلكم في الجنة، وقرب منازلكم. ثم أقبل على أبي بكر، فقال: يا أبا بكر! إني لأعرف رجلاً، أعرف اسمه واسم أبيه، واسم أمه، لا يأتي باباً من أبواب الجئة إلا قالوا: مرحباً مرحباً، فقال (سلمان): إن هذا لمرتفع شأنه يا رسول الله! قال: فهو أبو بكر بن أبي قحافة. ثم أقبل على عمر، فقال: يا عمر! لقد رأيت في الجنة قصراً من درة بيضاء، شزفه من لؤلؤ أبيض، مشيد بالياقوت، فقلت: لمن هذا؟ فقيل: لفتى من قريش، فظننت أنه لي، فذهبث لأدخله، فقال: يا محمد! هذا لعمر بن الخطاب، فما منعني من دخوله إلا غيرتك يا أبا حفص! فبكى عمر، وقال: بأبي وأمي! أعليك أغار يا رسول الله؟ ثم أقبل على عثمان فقال: يا عثمان! إن لكل نبي رفيقاً في الجنة، وأنت رفيقي في الجنة، ثم أخذ بيد! علي فقال: يا علي! أو ما ترضى أن يكون منزلك في الجنة مقابل منزلي؟ ثم أقبل على طلحة والزبير، فقال: يا طلحة! ويا زبير! إن لكل نبي حواري، وأنتما حواريَّ. ثم أقبل على عبد الرحمن بن عوف فقال: لقد بطىْ بك عني من بين أصحابي حتى حسبت أن تكون هلكت، وعرقت عرقاً شديداً، فقلت: ما بطأ بك؟ فقلت: يا رسول الله! من كثرة مالي، ما زلت موقوفاً محاسباً، أسأل عن مالي من أين اكتسبت؟ وفيما أنفقته؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW keluar daripada rumah baginda dan menuju ke arah para sahabat baginda yang sedang berhimpun dalam jumlah yang ramai. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi pada malam tadi tentang kedudukan kamu semua di dalam syurga serta hampiranya kedudukan kamu daripadaku. Kemudian baginda menghadap ke arah Abu Bakr, lalu berkata: Wahai Abu Bakr, sesungguhnya aku mengetahui seorang lelaki, aku tahu namanya, nama bapanya, serta nama ibunya. Tidaklah dia pergi ke arah mana-mana pintu di dalam syurga melainkan mereka akan berkata kepadanya: Selamat datang, selamat datang. Kemudian Salman berkata: Sesungguhnya keadaan ini adalah untuk seseorang yang tinggi kedudukannya wahai Rasulullah! Baginda berkata: Lelaki itu ialah Abu Bakr bin Abu Quhafah. Kemudian baginda menghadap ke arah Umar, dan berkata: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah melihat di dalam syurga terdapat sebuah istana yang diperbuat daripada permata yang putih, kemuliaannya juga daripada permata putih, yang diukir dengan yaqut. Lalu aku bertanya: Untuk siapakah istana ini? Dikatakan: Untuk seorang pemuda dalam kalangan Quraisy. Lalu aku menyangka bahawa ia adalah untuk diriku, dan aku pergi untuk memasukinya. Kemudian ada seorang yang berkata: Wahai Muhammad, istana ini untuk Umar bin al-Khattab. Dan tidaklah yang menghalang aku untuk memasukinya melainkan kerana kecemburuanmu wahai Abu Hafs. Lalu Umar menangis dan berkata: Ibu bapaku sebagai tebusanmu, adakah kepadamu aku akan cemburu wahai Rasulullah? Kemudian baginda menghadap ke arah Uthman, lalu berkata: Wahai Uthman, sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai seorang peneman di dalam syurga, dan engkau merupakan penemanku di dalam syurga. Kemudian baginda memegang tangan Ali lalu berkata: Wahai ‘Ali, tidak redakah kamu sekiranya rumahmu di dalam syurga nanti berhadapan dengan rumahku? Kemudian baginda menghadap ke arah Talhah dan al-Zubair, lalu berkata: Wahai Talhah, wahai Zubair, sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai hawari (pembantu atau hulubalang), dan kamu berdua adalah hawari bagi aku. Kemudian baginda menghadap ke arah Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan berkata: Sesungguhnya kamu telah terlewat daripadaku dalam kalangan para sahabatku, sehingga aku menyangka bahawa kamu telah binasa, dan kamu berpeluh dengan begitu banyak. Lalu aku bertanya: Apa yang menyebabkan kamu terlewat? Lalu kamu mengatakan: Wahai Rasulullah, disebabkan banyaknya hartaku. Dan aku masih lagi terhenti dan dihisab, aku ditanyakan tentang hartaku: Dari mana kamu peroleh? dan ke mana kamu belanjakan ia?

STATUS

Munkar palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 155 hadis nombor 773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موضوع)
عن عبد الله بن أبي أوفى، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم على أصحابه أجمع ما كانوا، فقال: إني رأيت الليلة منازلكم في الجنة، وقرب منازلكم. ثم أقبل على أبي بكر، فقال: يا أبا بكر! إني لأعرف رجلاً، أعرف اسمه واسم أبيه، واسم أمه، لا يأتي باباً من أبواب الجئة إلا قالوا: مرحباً مرحباً، فقال (سلمان): إن هذا لمرتفع شأنه يا رسول الله! قال: فهو أبو بكر بن أبي قحافة. ثم أقبل على عمر، فقال: يا عمر! لقد رأيت في الجنة قصراً من درة بيضاء، شزفه من لؤلؤ أبيض، مشيد بالياقوت، فقلت: لمن هذا؟ فقيل: لفتى من قريش، فظننت أنه لي، فذهبث لأدخله، فقال: يا محمد! هذا لعمر بن الخطاب، فما منعني من دخوله إلا غيرتك يا أبا حفص! فبكى عمر، وقال: بأبي وأمي! أعليك أغار يا رسول الله؟ ثم أقبل على عثمان فقال: يا عثمان! إن لكل نبي رفيقاً في الجنة، وأنت رفيقي في الجنة، ثم أخذ بيد! علي فقال: يا علي! أو ما ترضى أن يكون منزلك في الجنة مقابل منزلي؟ ثم أقبل على طلحة والزبير، فقال: يا طلحة! ويا زبير! إن لكل نبي حواري، وأنتما حواريَّ. ثم أقبل على عبد الرحمن بن عوف فقال: لقد بطىْ بك عني من بين أصحابي حتى حسبت أن تكون هلكت، وعرقت عرقاً شديداً، فقلت: ما بطأ بك؟ فقلت: يا رسول الله! من كثرة مالي، ما زلت موقوفاً محاسباً، أسأل عن مالي من أين اكتسبت؟ وفيما أنفقته؟
[البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6592)]

(Munkar Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa, katanya: Rasulullah SAW keluar daripada rumah baginda dan menuju ke arah para sahabat baginda yang sedang berhimpun dalam jumlah yang ramai. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi pada malam tadi tentang kedudukan kamu semua di dalam syurga serta hampiranya kedudukan kamu daripadaku. Kemudian baginda menghadap ke arah Abu Bakr, lalu berkata: Wahai Abu Bakr, sesungguhnya aku mengetahui seorang lelaki, aku tahu namanya, nama bapanya, serta nama ibunya. Tidaklah dia pergi ke arah mana-mana pintu di dalam syurga melainkan mereka akan berkata kepadanya: Selamat datang, selamat datang. Kemudian Salman berkata: Sesungguhnya keadaan ini adalah untuk seseorang yang tinggi kedudukannya wahai Rasulullah! Baginda berkata: Lelaki itu ialah Abu Bakr bin Abu Quhafah. Kemudian baginda menghadap ke arah Umar, dan berkata: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah melihat di dalam syurga terdapat sebuah istana yang diperbuat daripada permata yang putih, kemuliaannya juga daripada permata putih, yang diukir dengan yaqut. Lalu aku bertanya: Untuk siapakah istana ini? Dikatakan: Untuk seorang pemuda dalam kalangan Quraisy. Lalu aku menyangka bahawa ia adalah untuk diriku, dan aku pergi untuk memasukinya. Kemudian ada seorang yang berkata: Wahai Muhammad, istana ini untuk Umar bin al-Khattab. Dan tidaklah yang menghalang aku untuk memasukinya melainkan kerana kecemburuanmu wahai Abu Hafs. Lalu Umar menangis dan berkata: Ibu bapaku sebagai tebusanmu, adakah kepadamu aku akan cemburu wahai Rasulullah? Kemudian baginda menghadap ke arah Uthman, lalu berkata: Wahai Uthman, sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai seorang peneman di dalam syurga, dan engkau merupakan penemanku di dalam syurga. Kemudian baginda memegang tangan Ali lalu berkata: Wahai ‘Ali, tidak redakah kamu sekiranya rumahmu di dalam syurga nanti berhadapan dengan rumahku? Kemudian baginda menghadap ke arah Talhah dan al-Zubair, lalu berkata: Wahai Talhah, wahai Zubair, sesungguhnya setiap Nabi itu mempunyai hawari (pembantu atau hulubalang), dan kamu berdua adalah hawari bagi aku. Kemudian baginda menghadap ke arah Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan berkata: Sesungguhnya kamu telah terlewat daripadaku dalam kalangan para sahabatku, sehingga aku menyangka bahawa kamu telah binasa, dan kamu berpeluh dengan begitu banyak. Lalu aku bertanya: Apa yang menyebabkan kamu terlewat? Lalu kamu mengatakan: Wahai Rasulullah, disebabkan banyaknya hartaku. Dan aku masih lagi terhenti dan dihisab, aku ditanyakan tentang hartaku: Dari mana kamu peroleh? dan ke mana kamu belanjakan ia?
[Riwayat al-Bazzar dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.