Sesungguhnya ahli syurga sangat memerlukan ulama ketika berada di syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء في الجنة وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة، فيقول: تمنوا علي ما شئتم، فيلتفتون إلى العلماء، فيقولون: ماذا نتمنى على ربنا؟ فيقولون: تمنوا كذا وكذا. إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli syurga sangat memerlukan ulama ketika berada di syurga. Mereka pada ketika itu pergi menemui Allah pada setiap hari Jumaat. Allah berfirman: Nyatakan permintaan kalian kepada-Ku apa yang kalian mahukan. Maka mereka memalingkan wajah mereka kepada para ulama lantas berkata: Apakah yang patut kami minta kepada Tuhan kami. Maka kata ulama: Mintalah ini dan ini… hingga akhir hadis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ لَيَحْتَاجُونَ إِلَى الْعُلَمَاءِ فِي الْجَنَّةِ وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَزُورُونَ اللَّهَ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ فَيَقُولُ تَمَنَّوْا عَلَيَّ مَا شِئْتُمْ فَيَلْتَفِتُونَ إِلَى الْعُلَمَاءِ فَيَقُولُونَ مَاذَا نَتَمَنَّى عَلَى رَبِّنَا فَيَقُولُونَ تَمَنَّوْا كَذَا وَكَذَا» إِلَخ. فِي الْمِيزَان هَذَا مَوْضُوع.

Maksudnya: “Sesungguhnya ahli syurga sangat memerlukan ulama ketika berada di syurga. Mereka pada ketika itu pergi menemui Allah pada setiap hari Jumaat. Allah berfirman: Nyatakan permintaan kalian kepada-Ku apa yang kalian mahukan. Maka mereka memalingkan wajah mereka kepada para ulama lantas berkata: Apakah yang patut kami minta kepada Tuhan kami. Maka kata ulama: Mintalah ini dan ini.” …hingga akhir hadis.
Dalam kitab Mizan Al-‘Itidal menyebut: Hadis ini adalah hadis yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.