Sesiapa yang terbunuh kerana mencari reda Allah

TEKS BAHASA ARAB

من قتل يلتمس به وجه الله لم يعذّبه الله

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang terbunuh kerana mencari reda Allah, nescaya dia tidak akan diazab oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis nombor 5235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه قال قال رسول الله ﷺ: من قتل يلتمس به وجه الله لم يعذّبه الله. [طس, الضعيفة (5996)]

(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana mencari reda Allah, nescaya dia tidak akan diazab oleh Allah. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.