Sesiapa yang solat pada malam Isnin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى ليلة الاثنين أربع ركعات بفاتحة الكتاب مرة، وآية الكرسي مرة، و {قل هو الله أحد} مرة، و {قل أعوذ برب الفلق} و {قل أعوذ برب الناس} مرة مرة، كفرت ذنوبه كلها وأعطاه الله قصرا في الجنة من درة بيضاء في جوف القصر سبعة أبيات، طول كل بيت ثلاثة آلاف ذراع، وعرضه مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa solat pada malam Isnin 4 rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali, Qul huwallahu ahad sekali, Qul ‘Auzubirabbil falaq sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali, dihapuskan seluruh dosanya dan Allah menganugerahkannya sebuah istana di syurga yang diperbuat daripada mutiara putih, di tengah-tengah istana tersebut ada tujuh rumah, panjang setiap rumah adalah tiga ribu hasta dan lebarnya juga seperti itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 189, hadis nombor 590. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

واستمر هذا الكذاب على حديث طويل فيه من المجازفات القبيحة. قال ابن قيم الجوزية: هو من عمل الحسين بن إبراهيم: كذاب دجال، وضع من هذا الضرب أحاديث صلاة يوم الأحد، وليلة الأحد، إلى سائر أيام الأسبوع ولياليه. وهذا باب واسع، وإنما ذكرنا منه جزءا يسيرا لتعرف به أن هذه الأحاديث وأمثالها مما فيه هذه المجازفات الباردة كلها كذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Si pendusta ini terus menerus memalsukan hadith yang panjang, di dalamnya terdapat keterlaluan-keterlaluan yang jelek. Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Ia adalah berasal daripada perbuatan Al-Husain bin Ibrahim, si kaki dusta lagi dajjal. Beliau telah mereka-reka seumpama ini hadith-hadith tentang solat pada hari ahad, malam ahad, hinggalah hari-hari lain dalam seminggu berserta malam-malamnya. Ini adalah satu pintu yang luas (tentang pendustaan atas nama Nabi). Kami hanya menyebut satu bahagian yang sedikit supaya dengannya anda dapat mengetahui bahawa hadith-hadith ini dan hadith-hadith semisalnya yang ada di dalamnya keterlaluan-keterlaluan yang dingin ini kesemuanya adalah dusta terhadap Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs