Sesiapa yang solat pada hari Khamis di antara zuhur dan asar

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الخميس بين الظهر والعصر ركعتين يقرأ في الأولى الفاتحة وآية الكرسي مائة مرة وفي الثانية الفاتحة وقل هو الله أحد مائة مرة ويصلي على النبي مائة مرة أعطاه الله ثواب من صام رجب وشعبان ورمضان وكان له من الثواب مثل حاج البيت وكتب له بعدد كل من آمن بالله وتوكل عليه حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Khamis di antara zuhur dan asar sebanyak dua rakaat, lalu membaca pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat kursi sebanyak seratus kali. Manakala pada rakaat yang kedua surah al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak seratus kali lalu berselawat ke atas Nabi SAW sebanyak seratus kali, maka Allah SWT akan memberinya pahala orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Dan baginya juga pahala seperti orang yang menunaikan haji di Baitullah serta akan ditulis baginya kebaikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْخَمِيسِ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي الأُولَى الْفَاتِحَةَ وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ مِائَةَ مرّة وَفِي الثَّانِيَة الْفَاتِحَة وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ وَيُصلي على النَّبِي مِائَةَ مَرَّةٍ أَعْطَاهُ اللَّهُ ثَوَابَ من صَامَ رَجَب وَشَعْبَانَ وَرَمَضَانَ وَكَانَ لَهُ مِنْ الثَّوَاب مِثْلُ حَاجِّ الْبَيْتِ وَكَتَبَ لَهُ بِعَدَدِ كُلِّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَتَوَكَّلَ عَلَيْهِ حَسَنَةً.
ذكره الْغَزالِيّ. قَالَ الْعِرَاقِيّ: أَخْرَجَهُ أَبُو مُوسَى الْمَدِينِيّ بِسَنَد ضَعِيف جدا.

Hadis:
من صلى يوم الخميس بين الظهر والعصر ركعتين يقرأ في الأولى الفاتحة وآية الكرسي مائة مرة وفي الثانية الفاتحة وقل هو الله أحد مائة مرة ويصلي على النبي مائة مرة أعطاه الله ثواب من صام رجب وشعبان ورمضان وكان له من الثواب مثل حاج البيت وكتب له بعدد كل من آمن بالله وتوكل عليه حسنة.
“Sesiapa yang solat pada hari Khamis di antara zuhur dan qsar sebanyak dua rakaat, lalu membaca pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat kursi sebanyak seratus kali. Manakala pada rakaat yang kedua surah al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak seratus kali lalu berselawat ke atas Nabi SAW sebanyak seratus kali, maka Allah SWT akan memberinya pahala orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Dan baginya juga pahala seperti orang yang menunaikan haji di Baitullah serta akan ditulis baginya kebaikan sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya.”
Hadis ini disebutkan oleh al-Ghazali. Kata al-‘Iraqi: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini dengan sanad yang terlalu daif.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.